Sunday, October 23, 2011

TimeWise Miracle set

Proses penuaan semula jadi kulit biasanya bermula ketika kita berusia 20an. apabila kulit semakin tua, kadar pembaharuan mula perlahan. kulit menjadi lebih  kering. kurang tegang, kurang bersei.faktor luaran seperti dedahan kepada stress persekitaran seperti pencemaran selalunya memcepatkan lagi proses penuaan kulit.


TIMEWISE MIRACLE SET


setiap produk TIMEWISE dirumus khas untuk melawan sejumlah besar tanda penuaan yang berkaitan dengan penuaan kulit.produk ini direka untuk bertindak bersama-sama bagi membantu memaksimumkan faedah antipenuaan.

CLEANSER :- manik pembersih lembut dalam TIMEWISE cleanser menanggalkan sel kulit mati melalui pengelupasa. kompleks berpaten dalam timewise mengurangkan garis halus dan kedutan dengan memacu proses pembaharuan semula jadi kulit
MOISTURIZER :- kompleks berpaten dalam TIMEWISE moisturizer mengurangkan garis halus dan  kedutan  dengan memacu proses pembaharuan semula jadi kulit.satu sebatian humektan impian dalam timewise Age-fighting moisturizer memastikan kulit sentiasa lembap
DAY SOLUTION :- bahan botani penuh khasiat dalam timewise day solution sunscreen SPF25, membantu mencergaskan  sel kulit mati sementara penghalang matahari  UVA dan UVB  membantu  melindungi kulit daripada ancaman matahari
NIGHT SOLUTION :- peptida antipenuaan dalam Timewise Night solution  merangsang kolagen melicin dan menegangkan kulit


                                          3 IN 1 CLEANSING BAR


Membersihkan semua kotoran secara berkesan dan menjadikan kulit berase lembut licin dan segar.memulakan proses ini untuk membantu menghapuskan tanda penuaan yang ketara sambil mengembalikan penampilan kulit yang tampak lebih muda.


EKSTRAK CAMELIA:- antioksida: terkenal sebagai penghapus radikal bebas, ramuan ini dimasukkan dalam produk untuk membantu melindungi kulit daripada kesan radikal bebas yang dijana oleh persekitaran

EKSTRAK ALOE BARBADENSIS :- pelembap/penghidrat : membantu merapi dan melicinkan kulit dengan menambahkan, menarik dan mengekalkan lembapan.Agen penenang : terkenal dengan ciri menenang dan memtenteramkan



                    TIMEWISE MOISTURE RENEWING GEL MASK


penentang usia TIMEWISE dan pelengkap terbaik kepada MIRACLE SET. dirumus dengan ramuan yang dikaji secara saintifik untuk membantu kulit anda disegarkan semula dalam semalaman. pada waktu pagi , kulit anda akan kelihatan lebih bingkas, tegang lembut dan sihat, kelihatan terisi dari dalam.

BAGAIMANA IA BERFUNGSI
Masker gel yang segera menghidratkan ini dirumus untuk menyuburkan kulit mereka yang kehilangan lembapan dengan menggunakan kombinasi ramuan semula jadi yang berkhasiat.
  •  Dirumus untuk menarik dan mengekalkan lembapan. Formula canggih ini mengandungi natrium hialuronat, yang berkait rapat dengan asid hialuronik. Ia bertindak seperti span di kulit anda — membantu menarik lembapan vital supaya kulit anda boleh menggunakannya secara lebih berkesan.
  •  Dirumus untuk membantu menyeimbangkan paras lembapan. Gliserin sumber tumbuhan dalam formula ini bertindak sebagai humektan, menarik lembapan kepada kulit.
  •  Dirumus untuk membantu menegang dan menenangkan kulit serta memperkuat fungsi perintang kulit. Formula ini mengandungi ekstrak biji berangan yang dikatakan mempunyai faedah menegang dan menenangkan kulit, dan dipercayai dapat membantu memperkuat fungsi perintang kulit. Ia juga mengandungi niasinamida, salah satu daripada dua bentuk utama vitamin B3, dan dikenal pasti secara saintifik dapat memperkuat perintang kulit.
  •  Dirumus dengan antioksidan kuasa terbesar. Ekstrak acai berry yang digunakan dalam formula ini begitu inovatif dan sedang menunggu paten untuk digunakan dalam produk kosmetik. Acai berry dilaporkan dapat meneutralkan radikal bebas pada kadar potensi 80 kali lebih kuat berbanding Teh Hijau.

  • Natrium Hialuronat : Menarik dan mengekalkan lembapan 
  • Gliserin :Emolien yang membantu menyeimbangkan serta mengekalkan paras lembapan dalam kulit
  • Ekstrak Biji Berangan: Membantu menegang dan menenangkan kulit serta memperkuat perintang kulit
  • Vitamin B3 (Niasinamida):Dikenal pasti dapat memperkuat perintang kulit
  • Ekstrak Acai Berry (Euterpe Oleracea):Antioksidan kuasa terbesar yang meneutralkan radikal bebas pada kadar potensi 80 kali lebih kuat berbanding Teh Hijau
  • Vitamin E (Tokoferol Asetat):Antioksidan dengan faedah menenangkan kulit
  • Skualena:Bertindak sebagai pelincir pada permukaan kulit supaya kulit kelihatan lebih licin dan lembut
  • Sebatian botani yang terdiri daripada Chamomile (Bunga Anthemus Nobilius), Lavandin (Lanandula Hybrid), Rosemary (Rosemarinus Officinalis), Rosewood (Aniba Rosaiodora) dan Geranium (Pelargonium Graveolens):Memberikan haruman aromatik yang menyegarkan

                         TimeWise® Night Restore & Recover Complex


Waktu malam ialah masa yang tepat untuk mencergaskan potensi penentang usia kulit. Produk penjana kuasa ini dirumus untuk mengoptimumkan daya pemulihan kulit pada waktu malam dengan mencetuskan penghasilan kolagen baru*, memulihara perintang kulit * dan membantu mengisi semula simpanan antioksidan yang berharga

BAGAIMANA IA BERTINDAK
Ahli-ahli sains di Pusat Penyelidikan Mary Kay membangunkan satu produk dengan 5 ramuan utama yang membekalkan keperluan yang paling diperlukan kulit anda:
  •   Ia mencetuskan penghasilan kolagen baru.* TimeWise® Night Restore & Recover Complex dirumus dengan palmitoil tetrapeptide-7, satu ramuan yang terkenal serta penting untuk mencetuskan penghasilan kolagen.
  •   Ia mensasarkan matriks kulit.* Komponen asas matriks derma kulit ialah kolagen, iaitu rangka seperti jaring yang menyokong kulit. Semakin lemah matriks derma, semakin tualah orang itu akan kelihatan. Memandangkan palmitoil tetrapeptide-7 ialah ramuan yang terkenal penting untuk mencetuskan penghasilan kolagen *, maka ia merupakan ramuan penting dalam produk penjagaan kulit yang dirumus untuk menentang tanda penuaan yang ketara.
  •   Ia memulihara perintang kulit.* Perintang yang sihat amat penting kepada kesihatan kulit, memandangkan perintang mengawal dan mengekalkan paras lembapan yang membantu kulit berfungsi dan wajar. Sebahagian besar daripada perintang kulit terdiri daripada lipid yang fungsinya boleh disokong oleh ramuan tertentu. Sterol buah delima yang kaya dengan lipid berpotensi membantu memperkuat dan menstabilkan perintang kulit. Pusing ganti sel juga merupakan elemen penting dalam kesihatan kulit memandangkan sel yang lama boleh menghalang sel baru daripada timbul di permukaan. Ekstrak Buah Berangan telah menunjukkan keupayaannya menggalakkan pusing ganti sel*.
  •   Ia membantu kulit pulih daripada kerosakan harian. Setiap hari, kulit terdedah kepada radikal bebas akibat dedahan UV yang menyebabkan kerosakan berpanjangan yang boleh mengumpul momentum jika tidak diatasi segera. Ekstrak Biji Kapas yang kaya dengan peptida boleh membantu kulit pulih daripada cabaran* yang dihadapinya pada sebarang hari. Ekstrak Acai Berry pula membantu mengisi semula kehilangan antioksidan pada siang hari. Melainkan simpanan antioksidan ini diisi semula pada waktu malam, kerosakan yang terkumpul akan menyebabkan penuaan menjadi ketara.

RAMUAN UTAMA DAN FUNGSI
  • Palmitoil Tetrapeptide-7- Mencetuskan penghasilan kolagen baru *
  • Ekstrak Biji Kapas-Menggalakkan pemulihan kulit *; mengurangkan kesan kerosakan harian *
  • Ekstrak Acai Berry- Membantu mengisi semula kehilangan antioksidan pada siang hari
  • Ekstrak Buah Berangan- Menggalakkan pusing ganti kulit *
  • Sterol Buah Delima-Berpotensi membantu memperkuat dan menstabilkan perintang kulit


                          TimeWise® Moisture Renewing Softener



Saiz sebenar liang roma (pori) kita tidak berubah apabila kita semakin tua. Kita kata pori bertambah besar, sebenarnya ia hanya menjadi lebih ketara akibat pengenduran dinding pori. Memang mustahil untuk mengecilkan saiz pori, namun anda boleh mengurangkan keketaraannya dengan TimeWise® Moisture Renewing Softener.

BAGAIMANA IA BERTINDAK
Pelembut ini dirumus khas untuk menjadikan kulit anda berasa lembut bak sutera, dihidratkan dan sedia menerima pelbagai faedah daripada setiap langkah yang berikutnya.
  •  Ia menyeduh kulit dengan lembapan. TimeWise® Moisture Renewing Softener mengandungi natrium hialuronat penggemar lembapan, satu humektan kuat yang bertindak seperti span pada kulit anda, membantu menarik lembapan supaya kulit anda boleh menggunakannya secara lebih berkesan. Kulit akan segera dilembapkan dan membantu kulit kelihatan lebih licin, sihat dan mudah pulih.
  •   Ia membantu mengurangkan keketaraan pori. TimeWise® Moisture Renewing Softener dirumus dengan mirtus komunis, sejenis ekstrak daripada pokok bunga mirtel, dan ekstrak biji lentil yang kedua-duanya dapat membantu menyokong matriks derma kulit. Tekstur kulit kelihatan halus serta dapat mengurangkan keketaraan pori dan garis-garis halus.
  •   Ia menjadikan kulit kelihatan lebih cerah. Dirumus dengan Niasinamida, pelembut ini membelai dan menjadikan kulit kelihatan lebih cerah, berkilau dengan seri wajah yang sihat. Niasinamida telah menunjukkan† keupayaannya mengurangkan kesan kerosakan akibat dedahan kepada UV yang menyebabkan pigmentasi tidak sekata.
* TimeWise® Moisture Renewing Softener juga boleh digantikan dengan freshener BOLTANICAL.


No comments:

Post a Comment